♥♥♥ we're happy 2gether ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, May 31, 2013

danial 10 month

danial dah 10 bln skgni.rase mcm kejap je.eh tiap bln pn ayat yg same,asik ckp rase mcm kejap je.haha.tp tula kalau dlm fasa baby² ni lg la rase kejap je dah besar.hehe



perkembangan :
- dah boleh duduk sendiri time 9bln+.sblm tu mcm xbpe nk harap sgt tgk dia duduk.xbpe  
  stabil lg
- dah mkn bubur yg xpayah blend.ok suke sgt.kurang 1 step.haha
- kdg bile bediri panjat sofa ke meja ke,pastu lepas tangan.tp xde gaye nk menapak pn 
  lg.saje eksen je lebih.hehe
- ok dah tu je yg igt.gigi menten 4 btg je xtumbuh lg yg lain

Wednesday, May 29, 2013

wordless wednesday


polis katenye.ade ke polis selit pistol kt seluar?hahaha

Tuesday, May 28, 2013

mitos susu ibu


Mitos 1 : Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur
Fakta : Payudara ibu mmg akan bertambah saiz sepanjang 9 bulan kehamilan kerana pembentukan kalenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak. Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas lahir, saiz payudara ibu akan menurun dgn cepat dan drastik manakala bagi ibu yang menyusukan, saiz payudara akan menurun secara perlahan-lahan.


Mitos 2 : Bayi asyik "melekat" dengan ibu

Fakta : Ibu adalah orang pertama yang bayi kenal. Apabila menyusukan secara eksklusif 10-12 kali sehari, mmg tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa "melekat" dgn ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3/5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun amatlah singkat! Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh menyusu dengan ibunya.


Mitos 3 : Susu ibu tidak sesedap susu formula

Fakta : Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan "sedap" mengundang masalah kesihatan ! Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8g berbanding 4.8g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung dalam susu formula. Oleh itu, bayi mendapat nutrien mudah daripada susu ibu.


Mitos 4 : Susu formula mengandungi pelbagai nutrien

Fakta : Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan "khasiat dan nutrien" yang terkandung di dalam susu formula, hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis ! Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim & protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia !


Mitos 5 : Payudara kecil, susu kurang

Fakta : Semua ibu secara semulajadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kalenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi !


Mitos 6 : Kolostrom adalah susu kotor, nanah daripada payudara

Fakta : Kolostrom berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrom hanya hadir pada 3/4 hari pertama hayat seorang bayi & hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang ! Kolostrom mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrom adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrom susu ibu. Kolostrom yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.


Mitos 7 : Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan

Fakta : Ibu menyusu (mallah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan & mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana & mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan & dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu, kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.


Mitos 8 : Susu ibu terlalu cair (banyak air)

Fakta : Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu pekat lemak berkrim di lapisan atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga & akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir (hindmilk) yang pekat yang akan menyenyangkan !


Mitos 9 : Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi

Fakta : Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi ! Bintil-bintil kecil disekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.


Mitos 10 : Penyusuan susu ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih !

Fakta : Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu, ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus berwaspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusukan bayi mereka !

Monday, May 27, 2013

secretary's week rtm 2013

cite bln april aritu.hehe.tahun ni tahun ke2 rtm sambut secretary's week utk PA² kt rtm ni.mcm tahun lepas jugak buat kt ofis je.xpela dah sambut pn kitorang hepy dah,xkisah la sambut kt ofis je pn kn.haha

majlis stat pukul 11.30pg,tp kitorang pukul 12th baru pergi.sbbnye baru sibuk nk balut pezen pg tu.hehe

baru sampai,posing dulu

tahun ni mkn sedap sikit dr tahun lepas.hehe


sblm balik posing lg dgn pezen masing².org lain kemain pezen besar² kn,pezen aku comey jek.hahaha

 pezen yg dpt aritu

sampai je,dpt doorgift tupperware dgn al-quran digital.pastu ade main tukar² pezen.aku dpt tudung.pastu ade lucky draw jugak.dpt la iron tu.iron dpt time kawen aritu pn byk xpakai lg,buat tambah koleksi iron la kt umah.haha

pezen lucky draw paling best ade ipod dgn samsung note 2.untungla sape dpt tu kn.hehe.xpela iron tu pn harga rm60 jugak.tag harga xbuang kt kotak.free je kn,jgn nk komplen².haha

Thursday, May 23, 2013

chocolate chip cookies

ni aktiviti weekend sblm minggu mengundi.lame dah kn.hehe.buat cookies ari ahad.sabtu tu dah habis beli segala bahan dah.semangat punye pasal nk buat cookies.ntah angin ape yg dtg rase nk buat cookies

minggu tu huby xkeje sabtu ahad.nk buat benda² cani mmg kene tunggu huby cuti time weekend.klu huby keje,mmg xde maknenye nk buat.masak pn kdg main order je,ni pulak nk buat cookies.haha

tghari pas dah kenyang mkn trs stat buat projek.huby la menjaga 2 hero tu.danish mmg xkacau dah asik main ps3 je,danial la kejap dtg dapo nk pegi kt mak dia.hehe



bahan-bahan

tepung gandu,tepung jagung,serbuk koko,gula kastor,chocolate chip,butter,susu tepung,esesn vanila,soda bikarbonat, telur kuning


bentuk²kn pakai tangan je
time bakar ni mmg harum semerbak 1 umah

oven kecik,jdnye penat la jugak nk membakar sikit2.haha


dah siap

tgh membakar sikit² tu pn kitorang dah ngap cookies yg dah siap tu.haha.bg danish mkn,siap mintak lg ckp 'nk chipsmore lg'.chipsmore katenye.haha.kejap je dah abeh.aku bwk g opis sikit,separuh lg letak kt umah

tp kn penat la buat cookies.sbb kene bentuk satu².haha.baik la buat kek,buat skali bakar skali,siap.hahaha

Tuesday, May 21, 2013

gilir² xsihat

rase mcm lameeeee sgt xupdet blog.hehe.bile tgk tarikh last updet 7 mei,arini dah 21 mei.dah 2 minggu rupenye xterbelai blog ni.haha

lame xupdet sbb ank tuan blog dgn tuan blog dgn suami tuan blog masing² xsihat.2 minggu lepas danial demam.mula² chery bery then trs demam pulak.sblm ni penah demam sehari dgn 2ari je.tp kali ni sampai seminggu.pas g klinik swasta xbaik²,hari ke5 pergi hospital gomen pulak nk cek darah.yela risau la kn skrg ni mcm².tp alhamdulillah sumenye ok.paru-paru pn doc kate ok sgt xde infection ke ape

hari ke7 baru danial baik demam,tp ganti dgn mak dia pulak.aku pulak sambung demam danial 6hari.ya Allah dugaan sgt rasenye.1st day dgn 2nd day aku demam mmg aku baring je tido kt umah.mkn pn x.mmg xlarat sgt.aku ni jenis jarang demam,tp klu dah kene tu sendiri mau igt la.klu xde ank kecik,tahan lg.ni ank pn kecik² lg.huby la byk jage mase mula tu.mmg seminggu la aku cuti.seminggu time danial demam pn aku kejap keje kejap cuti,sbb ade yg huby cuti jage danial sorang

tp bile hari ke3 aku demam,huby pn dah mula demam same.mmg rase berat sgt dugaan kali ni.danial dah baik demam,aku tgh demam,sambung dgn huby.tp alhamdulillah danish sihat walafiat.xbejangkit pulak demam kitorang ni.at last aku msg mak aku mintak tlg dtg.dah cuba gagahkn diri tp mmg xterdaya sgt dah.tu yg terpaksa mintak mak dtg kL dr perak walaupun perjalanan 4-5jam



skrg alhamdulillah masing² dah sihat.Allah tarik nikmat kesihatan kejap je,tp dah rase mcm down sgt aritu.xpela tu baru demam,bkn sakit yg berat² kn.syukur sumenye dah sihat skrg.skrg aku tgh dlm proses nk banyakkan susu balik.sejak demam kuantiti susu trs drop sgt².xpe think positive,aku yakin susu aku byk lg.cuba selagi boleh utk danial.in shaa Allah

Tuesday, May 7, 2013

1st time mengundi..excited!

sepatutnye umur 28 thn ni dah 2x pergi mengundi.tp dulu 5 thn lepas xdaftar pn.hehe.tp aku rase sume same je kot sume org pn cmtu.ramai kwn² sebaya aku pn ramai yg 1st time mengundi.mmg 1st time mcm xde perasaan nk g ngundi kot.haha.tp kali ni pn mak aku jugak yg tlg daftarkn.klu x,xngundi lg la kot.haha.xde kesedaran langsung

jumaat ptg pas balik keje,trs gerak balik kg dr ofis.danish & danial pn pukul 4.30 kitorang dah amek bwk g ofis aku.punyela semangat nk balik mengundi.haha.sbnrnye malas nk hadap jem.tu pn dah mula jem kt plus.nasib la kejap je jemnye

bangun pg ari mengundi tu,tgk hp sumenye asik uplod pic jari dah betanda.semangat masing² ye.aku tgh golek² atas katil lg.pukul 12 th baru kua umah g tmpt mengundi.pegi skali dgn mak & adik aku yg laki.huby la tukang bwk sbb dia terlepas daftar mengundi.haha.kalau x,aku xbalik ngundi la kot sbb huby mesti ngundi kt balakong


jumpe jiran lame

pastu jumpe sorang lg

best kn sambil² g ngundi,boleh jumpe kwn² lame.ramai jugak la yg jumpe aritu

mak aku pn nk posing dgn jari.haha

mak aku saluran 3,mmg xramai pn time tu.aku saluran 5 mmg bederet la kene beratur.len kali kene buat sampai saluran 6,baru xpanjang sgt.haha

bdk xcukup umur pn nk ngundi jugak.hehe

danial tido dlm kete,duk ngn huby la.danish kene bwk,nanti bising dlm kete kang danial jage.bwk danish mmg xduk diam la.aku suruh duduk kt kusi dgn mak aku,dia xnk.nk ikut aku masuk memangkah same

pjg sgt time aku sampai tu.igtkn tghari xramai sgt.aku xberatur sgt pn.potong barisan dpn adik aku je.haha

ok nk masuk dah

aku masuk,danish ikut same.org spr tu pn ok je,sembang² lg dgn danish.mak aku tunggu kt luar tmpt aku ngundi tu.adek aku pangkah sblh tmpt aku.aku kuar siap boleh nampak dia pangkah ape.haha

yeay sy dah ngundi :)

masuk kete danish cite 'td beratur panjang..pastu mummy amek duit pastu mummy masuk dlm kotak'.haha duit katenye.padahal kertas undi

hari ke3.xhilang lg sikit.ade yg hari 1st tu dah hilang kn.ade yg hari ni pn pekat lg.ape² jelah.jgn pasal ni pn nk jadikan isu.hehe

Thursday, May 2, 2013

cheezy pumpkin pasta

salah satu menu danial selain bubur nasi.stat 8 bln aritu aku dah try bg pasta.kalau ari² bubur je takut nanti cpt jemu pulak.walaupun bubur tu tukar menu ari².yela tekak kite pn kdg tekak melayu,kdg jemu nasik nk mkn western pulak kn.hehe

menu² baby ni sume aku amek kt fb.join group solid food for my baby.join group tu dr danial 4 bln lg.best sbb ade mcm² menu baby.cume antara rajin dgn malas je nk buat.haha.aku la tu.yg mane senang, aku buat la.mane yg agak leceh,mmg xbuat la.kah3

meh aku nk share resipi cheezy pumpkin pasta ni

1. panaskan unsalted butter
(aku amek brand lurpark.ade yg butter jenis buku besar tu.tp aku amek yg siap pack kecik².senang bile nk masak,amek 1 abeskan.nk jimat beli yg buku.tp takut cpt rosak la kalau jarang pakai.xnk bg cpt rosak,potong ikut portion kite nk pakai then asingkn masuk tuperware.xdela bukak tutup bukak tutup slalu kn)



2. bile unsalted butter dah panas,masukkan bawang holland sampai naik bau
3. pastu masukkan puree labu.tambah air sikit ikut kepekatan mane yg kite nk
4. sblm nk tutup api,masukkan cheese 
(cheese aku beli yg dah siap grated,senang tabur terus je.cheese pn bkn cheese yg kite biasa mkn tu.beli yg kandungan garam yg rendah.aku beli brand bega hitam or merah.lupe lak nk snap pic cheese tu.cheese buku tu pn boleh potong ikut portion then asingkan simpan dlm tuperware)
5. dah siap sume,campurkan skali dgn pasta yg dah siap direbus 
(pakai baby pasta or couscous sbb pasta tu kecik²)

taraaa..dah siap

aku rase sikit.sedap lemak² cheese + labu.cumenye tekak org tua ni rase tawar la kn sbb mmg xletak garam langsung.yg penting,danial mkn licinnnn.puas hati.bg abg mkn sikit,dia buerrkkk buerrkk je.haha



Apr 14, 2013 | enjoy his meal :) by lalacila85 on Keek.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...