♥♥♥ we're happy 2gether ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label vit danish. Show all posts
Showing posts with label vit danish. Show all posts

Friday, June 24, 2011

try scotts emulsion utk danish

baru seminggu aku try bg danish mkn scotts emulsion ni..sbb utama aku nk try SE ni sbbnye danish tgh selesema time tu.bile nk bg mkn ubat,mcm kesian je kn.nk kene pakse² pulak.pastu opezmate suggest try SE ni

balik kje tu trs la carik SE kt farmasi.ade 2 perisa rupenye.ade original ngn perisa oren.mule nk amek yg original sbb kandungan yg perlu dimakan kurang sikit drpd yg perisa oren tu.tp da namenye pn minyak ikan,so rase mcm tekak xleh terima je.lg lak nk bg danish mkn

sbb mule aku nk amek perisa original tu sbb tgk ade tulih DHA..DHA tu kn utk otak.tp bkn byk sgt pn kandungan DHA kt dlm tu.drpd danish xmkn,bek amek yg perisa oren.bdk² ni yg xsedap,mmg susa la pulak smpi nk kene pakse²nti


*pic gugel
sesuai utk bdk 1thn+ je..baby² xboleh lg


so far setakat seminggu aku try ni,bile danish mcm nk selesema je,pastu mesti xjadi.mcm sblm ni klu danish br nk mule selesema,idung tu mule berair² cket,pastu mule la selesemanye kn.berair jela idung tu dlm 2ari..tp bile seminggu aku try bg mkn ni,mmg kdg mcm nk kene selesema,tp xjd selesema pn

xpela bg jela mkn SE ni kn.vitamin utk dea jugak.mcegah lebih baik drpd mengubati kn.cewahh..mkn 1 sudu skali sehari ikot sukatan tu.mule mmg danish tutup mulut rapat² sbb igt ubat kot.tp bile dea da jilat sikit,pastu ok je dea mkn :)..tp mmg danish mkn sampi mate tkenyit² la sbb masam.wakaka

ni aku gugel td psl benefit mkn scotts emulsion ni..byk rupenye benefitnye.bkn setakat susa dpt selesema je



 ********************************

SCOTT's Emulsion mengandungi minyak ikan kod, satu sumber yang kaya dengan Vitamin A, D serta Kalsium Hipofosfit. Tambahan jus oren asli dan ramuan2 lain telah menghasilkan barangan yang halus dan licin dengan warna dan perasa yang tersendiri. Vitamin A & D di dalam minyak ikan kod adalah dalam bentuk emulsi yang lebih mudah dihadam. 

Kebaikan Scott's Emulsion: 

a. membantu membina daya tahan diri dari jangkitan. minyak ikan kod dan vitamin A membantu sel2 darah epithelial di ruang penafasan supaya sentiasa sihat dan mengurangkan risiko jangkitan organisma dalam badan.

b. mengandungi vitamin dan zat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak2 yang sempurna. Vitamin A adalah perlu untuk pertumbuhan otot dan memainkan peranan penting dalam pemeliharaan kesihatan dan kecergasan kanak2 (dan dewasa). Vitamin D adalah perlu untuk pertumbuhan dan pemeliharaan tulang dan gigi yang kuat. Juga mengandungi khasiat untuk pencegahan penyakit tulang lemah.

c. mengandungi kalsium dan fosforus yang memastikan pertumbuhan tulang dan gigi yang sempurna.

d. mujarab untuk membantu tubuh mendapat keperluan harian Vitamin A, D, Kalsium dan Fosforus.

e. ia juga membantu memelihara dan mencegah kekurangan Vitamin A dan D akibat pemakanan yang kurang seimbang ataupun apabila keperluannya meningkat.

f. membantu menyempurnakan kesihatan dan melindungi diri anda dari kekurangan khasiat yang diperlukan.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...