♥♥♥ we're happy 2gether ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, November 8, 2012

Susu ibu eksklusif untuk bayi

BATU PAHAT: Penyusuan susu ibu sememangnya eksklusif kepada bayi terutama yang baru lahir hingga enam bulan pertama dan digalakkan berterusan hingga bayi berusia dua tahun. 

Ini berikutan susu ibu terbukti lebih baik berbanding susu formula di pasaran dan golongan ibu yang melahirkan anak tidak perlu memberikan alasan untuk tidak menyusukan anak mereka sendiri kerana sistem imunisasi terbentuk pada bayi berkenaan lebih baik jika diberikan susu mereka. Pakar Kanak-Kanak dan Pakar Laktasi Hospital Pantai Batu Pahat, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkata, semua ibu perlu sedar bayi baru dilahirkan perlu mendapatkan susu ibunya.

Menurutnya, bayi tidak digalakkan diberi susu formula kerana penyusuan susu ibu menjadikan bayi berkenaan lebih kuat dan kebarangkalian mendapat penyakit lebih rendah berbanding susu lain.

“Berikutan itu, pihak Hospital Pantai mengadakan satu program bagi menggalakkan ibu menyusukan anak mereka dengan menjalankan pelbagai ceramah dan nasihat.

“Program memasuki tahun kedua itu bertujuan meningkatkan kesedaran golongan ibu dan masyarakat bahawa penyusuan ibu sangat penting dan eksklusif kepada bayi mereka. “Ia eksklusif kerana sangat sesuai kepada bayi dan membantu pembesaran bayi itu dengan lebih baik,” katanya pada Program Kesedaran Penyusuan Susu Ibu Hospital Pantai 2012 dan Program Sambutan Penyusuan Ibu Sedunia 2012 di Dewan Serbaguna Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, baru-baru ini.


sumber : mymetro

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...