♥♥♥ we're happy 2gether ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, April 4, 2012

hatyai kene bom

bpe ari ni dlm paper ade cite pasal hatyai yg kene bom tu kn.mula² aku tgk berita tu kt tv ahd lepas,tkejut sbb hotel yg kene bom tu adlh hotel yg kitorg penah stay time jalan² kt hatyai dulu.aku,huby,danish & 1 family aku yg lain.ni aku copy dr harian metro online berita isnin lepas..

*************************************

HATYAI, SONGKHLA: Menghidu asap dan menahan bahang panas api menjadi pengalaman ngeri sepasang suami isteri yang terperangkap di tempat letak kereta Hotel Lee Garden Plaza, di sini, yang menjadi lokasi letupan bom kereta, kelmarin.

Dalam kejadian itu, mangsa, Wong Sze Ee, 28, bersama suaminya, Ooi Fook Chuan, 33, dari Pulau Pinang baru selesai mendaftar keluar daripada hotel berkenaan.

Mereka ke kawasan letak kereta B2 di bawah hotel berkenaan untuk menyimpan beg pakaian di dalam kereta.

Sze Ee berkata, sebaik tiba di kereta, gegendang telinganya seakan-akan mahu pecah akibat letupan kuat hingga menggegarkan ruang bawah bangunan berkenaan.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia melihat kepulan asap hitam memenuhi ruang tempat meletak kereta berkenaan.

“Saya lihat suami hampir lemas kerana asap tebal dan kami cuba menyelamatkan diri dengan mencari jalan keluar melalui tangga di kawasan tempat letak kereta itu yang terletak agak jauh.

“Bagaimanapun, kami tidak berjaya melarikan diri menggunakan tangga berkenaan kerana asap terlalu tebal selain bahang panas api dan berlindung di bawah tangga sementara mencari laluan lain,” katanya ketika ditemui di Hospital Songkhla Nagarind (HSN), di sini, semalam.

Menurutnya, dalam keadaan kawasan itu dipenuhi asap tebal, mereka menutup mulut menggunakan baju dipakai manakala suaminya terhidu terlalu banyak asap menyebabkannya hampir pengsan

Katanya, dalam tempoh 30 minit, mereka bagaikan sudah berputus asa untuk menyelamatkan diri kerana kawasan dipenuhi asap amat tebal menyebabkan kedua-duanya mengalami kesukaran bernafas selain tiada bantuan tiba dalam tempoh itu.

“Saya ketika itu sudah putus harapan, tetapi lega apabila terlihat cahaya lampu samar-samar daripada arah depan kawasan tempat letak kereta berkenaan sebelum terdengar suara anggota penyelamat.

“Dalam keadaan lemah, saya berteriak kepada mereka supaya membantu kami yang ketika itu hampir pengsan sebelum dibantu anggota penyelamat keluar dari kawasan berkenaan dan dihantar ke HSN, Hatyai,” katanya.

Katanya, suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas terhidu banyak asap dan dia mendapatkan rawatan di wad biasa


gambar dlm harian metro online isnin lepas.mall ni betul² sblh hotel yg kene bom tu



posing dpn mall yg same dlm pic kt atas

kitorang g hatyai november 2010.time tu danish br 9 bulan.nasib baiklah xjd time tu.time g sane tu,selamat je.pelancong malaysia pn ramai.aku ade updet pasal g hatyai dulu dlm entry ni..picca yg mule² aku tempek dlm entry tu pic dlm hotel tu la

tp serius pd aku hatyai mmg best.byk tmpt best²,byk tmpt mkn best².mmg rase mcm nk repeat g sane lg.tp bile dah dgr jd cani,takut la pulak.xpelah takmo g dah

6 comments:

O'gosh said...

g tempat lain yang lebih selamat la k..banyak lagi tempat best2...hehe

-Sara- said...

isshh..aahla btol2 kat tmpt yg kne bom tu kan..

dah takyah gi dah..gi lain lak ah.. ;))

~SHiLA~ said...

o'gosh - tula g tmpt len la.hehe

~SHiLA~ said...

sara - g tmpt yg xpenah g jela ;))

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ngeri kan kalau main bom2 mcmni.. hish tak tahulah mereka dapat apa dengan bom mcmtu..

~SHiLA~ said...

dahla org malaysia pn ramai slalu g sane.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...