♥♥♥ we're happy 2gether ♥♥♥

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, February 24, 2014

cheese kek leleh

minggu lepas aku ade buat cheese kek leleh.femes sgt kek ni kt fb dgn ig kn.hehe.penah la beli 2x.1st tu beli cheese kek leleh dgn coklat kek.2nd time beli cheese kek leleh 2 bekas.mmg hantu cheese.hehe

pastu minggu aritu terajin pulak nk buat sendiri.pg ahad lepas breakfast kt mamak,trs g carefour kt alamanda.haha kalau dah tetibe rajin kene trs beli bahan.sbb biasanya mood rajin tu xdtg lame.takat 2ari jela kot.kah3

balik dr alamanda dah tghari trs nk tidokan danial.tp takmo tido pulak.xpelah sbb huby keje mlm,tghari boleh la buat kejap.adela org layan diorang.klu x,nk cuci pinggan kejap pn susah.huhu

ok dah siap.haha tetibe dah siap.aku ade amek gmbr bahan² tu tp lupa mane ntah aku simpan.xpelah tunjuk gmbr yg dah siap jela

toping tu mmg meleleh cheese.hehe.tabur pulak dgn grated cheese atas tu

dah siap toping tu,kene simpan dlm fridge kejap.cheese kek mkn sejuk baru sedap

lg meleleh cheese sbb xsejuk lg toping tu.hehe

sepotong tu utk huby,dia nk rase dulu.xsempat nk masuk fridge sbb ptg tu nk g keje dah.resipi ni aku amek dr buku resipi.tgk cara mcm xsusah sgt.tu yg rajin sket tu


okla aku share sini resipi tu 

Cheesecake leleh

Cheese cake:
A
300ml susu segar
200g cream cheese
100g butter

B
4 biji kuning telur

C
100g tepung gandum

D
4 biji putih telur
100g gula halus

E
1 sk esen vanila
1 sk jus lemon

Cara2 membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan loyang bulat bersaiz 8 inci. Gris & alaskan dasarnya dengan baking paper. Ketepikan.
2. Dalam periuk, guna api perlahan panaskan susu dari bahan A. Masukkan cream cheese, gaul hingga cheese cair. Masukkan pula butter, gaul rata. Ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang. Masukkan adunan cheese tadi (langkah 2) & gaul hingga sebati. Masukkan pula bahan C sedikit demi sedikit & pukul sebati. Gaul hingga adunan tidak berketul-ketul.
4. Kemudian, pukul pula bahan D hingga kembang & bertanduk. Kaup balikkan hingga sebati dengan adunan cheese tadi (langkah 3).
5. Masukkan bahan E, gaul rata.
6. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar selama 1 jam atau hingga kek masak guna teknik water bath.
7. Biarkan kek lekang pada tepi2 loyang baru keluarkan dari acuan. Sejukkan sepenuhnya atas wire rack & potong rata kepada dua lapisan.

Topping:
250g cream cheese, suhu bilik
120g susu pekat manis (saya guna 110g)
50ml uht whipping cream (saya guna 70ml)
# 250g cheddar cheese, untuk ditabur

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan2 topping kecuali yang bertanda # dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul semua bahan hingga sebati. Pukul sekejap sahaja, tak perlu sampai kembang.


Cara2 melapis kek:
1. Sediakan pinggan yang rata. Letakkan satu laipsan kek atasnya. Tuang sedikit adunan topping & taburkan sedikit parutan cheddar cheese.
2. Letakkan lagi satu lapisan kek atasnya. Tuang atau sapu kemas baki topping tadi & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Kek ini sedap dimakan jika sejuk

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...